Saturday 24 August 2013

#9: Moist Chocolate cake


Olla voila semua.. okeyh.. oleh kerana malam ni sedara aku yang baru kahwin haritu nak datang umah jalan-jalan.. akupon rase nak buat kek coklat.. hari raya haritu aku dah buat sebijik.. maka, hari ni pon nak buat lagi sebijik.. so, hari ni punye resepi, aku nak kongsi cara nak buat kek coklat moist y mana dibuat menggunakan teknik kukus okeh.. hahaa ni resepinya.. baca molek-molek sebelum buat yea:)



KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kek coklat : 

-250gm butter
-3/4 cawan gula
-4 biji telur
-2 cawan tepung gandum
-3/4 cawan serbuk koko
-1 cawan air atau susu cair

Bahan-bahan coklat cair atau topping : 

-3 sudu marjerin
-2-3 sudu susu pekat manis
-2-3 sudu serbuk koko

✿~ Cara buat kek coklat:

1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan koko tadi sambil terus memukul.
5. Kukus selama 45 minit.

✿~ Cara buat coklat cair untuk topping:

1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
3. kacau sehingga pekat/likat.. 
4. boleh di topping kan kt atas kek. hiaskan dengan coklat rice atau badam..


before letak topping..

aww.. tak sabo den nak makan.

lepas ak topping kan!

yummy! :)

*senang dan mudah! Selamat Mencuba darling-darling sekalian yea :)

Thursday 22 August 2013

#8: Blueberry Crepe

Assalamualaikum sohabat-sohabat sekalian.. pe kabo? lame dah tak dengar cite ye dak??
haa malam ni ak nak share satu resipi y ak baru jek try tadi.. alang2 dah buat.. kongsi la ngan korang-korang sume.. 

BLUEBERRY CREPE

Bahan-Bahan

Crepe**
·
 250grm tepung gandum 

· 2 biji telur 

· 500ml santan/ 250ml susu segar 

· 1/2 sudu teh garam

susu pekat manis (mengikut citarasa)

· Pewarna (ikut suka nak warna apa. biasa org buat warna hijau & kuning telur) 

1 cawan air

· 
 Filling** 

· 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental ( aku guna vivo nyer jenama) 

blueberry filling. 


Cara-cara 

1. Campur semua bahan Crepe** kemudian blender dan tapis. 

2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. (kuali biasa pon boleh, tp kena pandai jaga api la yea)

3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.jangan sampai crepe koyak yea! 

4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan blueberry filling, tutup semula dengan whipping cream.

5. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

6. Sedia untuk di NGAPP! ;)

- credit to Myresepi for the simple crepe recipe. 

*untuk filling boleh jugak guna mango, durian, strawberry. bak kata orang, ikot citarasa masing-masing. yang penting happy. 

Selamat mencuba! Annyeong :)




;)