Tuesday 13 January 2015

#16: Udang Goreng Kunyit

Hey! meet me again today. eheeee

untuk projek mak jemah cuti sem ni, dah takde kerja, dok umah masak jelah jawabnya. untuk geng yang baru nak belajar macam aku ni, boleh laa usha usham blog ni sebab resepi yang aku update ni adalah resepi paling senang. 
k. harini kita masak udang goreng kunyit pulak. tengok ada udang tu. masak jelah.





UDANG GORENG KUNYIT


Bahan-bahannya:


15-20 ekor udang saiz besar - dipotong kepala dan ekornya
Serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah/hijau - dihiris
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-cara:

1. Perap udang dengan serbuk kunyit dan garam selama 1/2 jam.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau. 

3.  Kemudian masukkan udang yang diperap tadi. Gaul, masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula. 

3. Gaul dan balikkan sehingga udang masak.

Done! senangkan??

Lauk lain yang aku masak sekali dengan lauk udang ni, paprik ayam. resepi paprik next post pulak ye. 
next, masak nasi. goreng telur dadar dan makan. 
itadakimasu!

Sunday 11 January 2015

#15: Popia Campur

hai hai hai! long time no see uolss.. pekabo semua??

k, harini aku nak share resepi popia 3S ngan korang. Simple. Senang. Sedap. haaaaaa amacam semua, nak ke idok mak jemah nak kongsi ni.. resepi ni paling simple dalam semua resepi. adik aku pon boleh buat. no worries ye.. ehehe 

hari jumaat haritu selamat aku sampai kat besut. get home safely. tido pon dah qada elok je.. Semalam pulak tengok ada kulit popia dalam peti, tanya umi boleh tak nak buat popia campur macam miyo buat haritu. oh lupa. sape Miyo?? he is my cousin. dia buat popia campur tu masa kitorang pergi rumah dia kat kuantan dulu. Hmmm

Popia campur ni, inti dia campur bebola udang, bebola ketam, sosej dll.. ikut suka hati korang k. tapi yang penting takde sayur kat dalam tu. that's one of the reason why I like it. ahahahaa k. tahu.. nak kata tak sihat la tuu.. jangan risau kalau nak bagi berkhasiat sikit, buh la kobis atau carrot sikit.

POPIA CAMPUR

BAHAN-BAHAN 


kulit popia( kat supermarket banyak ye)
1 paket sosej
1/2 paket bebola ketam
1/2 paket bebola udang
semangkuk kecil air

boleh jugak kalau korang nak tambah sayur

1 batang lobak(dicincang)
1/4 biji kubis(dicincang)


CARA-CARA

  • rebus atau bakar bebola-bebola dan sosej tadi                                               (kenapa tak goreng?? sebab nanti kita nak goreng popia tu lagi kan, so, takdelah berminyak sangat sebab yang inti kita dah bakar/rebus)
  • dah masak, potong dadu bebola dengan sosej tu. dan campurkan mereka-mereka.
  • untuk proses menggulung, letakkan inti campuran bebola dan sosej atas kulit popia
  • gulung popia tu ye. cara gulung cemane? refer belakang plastik tuu.. ada caranya.. sorry heee lupa nak ambik gambar cane nak gulung. berdikari sikit. hahaaa oh. air tu kita guna untuk lekatkan kulit popia tu last sekali ye.
  • pastu kita goreng! deep frying ye kawan kawan.. makan dengan sos cili atau sos pencicah tu.. sedap sangat kakak oii
lupa lak. kalau nak letak sayur, make sure korang goreng dulu tau kobis/carrot tu. baru campur dengan campuran bebola ngan sosej. pastu sambung step macam biasa.

 so jadi lah macam gini hasilnya. ni yang belom goreng lagi tau..


yang atas ni sebelum goreng sebab buat malam tu, so simpan goreng besoknya lah ye.. boleh la cuba buat time cuti-cuti semua ye. jangan lupa.. next recipe akan dikongsi nanti. STAY TUNED.. acah-acah je. hahahaa

**mood: rindu