Wednesday 6 November 2013

#11: cheese cake biskut (cheesekut)

olrite uolss.. hari ni nak share lagi satu resepi yang aku sempat la nak buat, sebenarnya nak abeskan cream cheese kat dalam peti tu. kang membazir je nanti. so, kek ni aku panggil



CHEESEKUT

BAHAN-BAHAN:

NESTUM

BISKUT CREAM CRACKERS (HUPSENG deluxe)

BISKUT OREO (original)

SUSU PEKAT MANIS

CREAM CHEESE

WHIPPING CREAM

NESCAFE 3 IN 1 (tabur last skali)

SUSU SEGAR (HL pon sodapp!)
(untuk celupkan biskut)





CARA-CARANYA:

1. Pukul cream cheese sehingga sebati. aku gunakan stand mixer. kemudian masukkan sesuku tin susu pekat manis. secawan whipping cream. bagi rase lemak-lemak gitu. tapi yang ni kalau tak nak letak pon takpe. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan.

2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup setakat nak bagi susu tu meresap sikit je kat biskut. Kemudian, susun di dalam loyang. untuk lapisan paling bawah, aku gunakan biskut oreo.




3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan cream cheese tadi. nak bubuh banyak mana pepandai koranglah yea.



4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi untuk lapisan kedua ngan seterusnya, aku pakai biskut hup seng je.. senang sangat ni. celup dan susun katenye.



5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. mengikut bekas yang korang pakai dan berapa tebal yang korang nak okay. untuk lapisan yang last sekali, bubuhkan cream cheese tu banyak sikit. kirenye kasik tebal la ni.



6. Akhir sekali, taburkan serbuk nescafe/kopi di lapisan creamcheese terakhir. aku letak serbuk gano cafe (nescafe 3 in 1 boleh jugak ) sebab nak kurangkan sikit rasa susu tu, takde la muak sangat. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman. (aku tak sabar nak tunggu semalaman, dalam 3jam gituu je dah keluarkan dan di potong. tak menyabar punya pasal. kekeke)




yang ni aku potong kejap je lepas ak buh lam peti ais.. tak sabar punyer pasal.. so, good luck! boleh lah nak try lepas ni kan. ;)

Tuesday 5 November 2013

#10: Carbonara Chicken Wrap

holla! holla uolss..lama tak share resepi ye! biasala sem pon da bukak.. tak sempat lohh nk masak masak. nak share resepi lagi laa aku malas.. haaa tapi untuk cuti raya haji ni, aku tak balik umah.. tiket abess derr.. haiyoo maka dengan itu aku pun pergi la merempat kat umah member aku ni haa.. dak salwa ni umah nye kat seremban. kalau taon lepas nyer raye haji, aku gi umah lin kat segamat. taon ni ubah angin laa.. jejak jugak aku kat negeri sembilan ni haa..

hari ni ak nak share satu resepi dapat dari mak wawa nie.. buat untuk breakfast laa sedap..  thanks auntie sudi bagi resepi kat kitorang ni..
nama resepi tu aku bagi carbonara chicken wrap! simple and memang sedap baq hang! aku tak yah cakap la.. dua aku sumbat dalam perut ni. kenyang tahap ya ampun.. dah-dah uols pon mesti da malas nk dengar aku meraban kan? haaaa


CARBONARA CHICKEN WRAP

Bahan-bahan:

Bahan-bahan wrap :

- sedikit butter
- beberapa keping wrap (roti tortilla)
- mayonis
- salad

Bahan-bahan inti :

- 250gram ayam/daging kisar
- 1/2 lada benggala/ capsicum ~potong dadu tau (kaler die pepandai korang la nak kaler ape)
- lada hitam
- parsley flakes
- 2/3 ulas bawang putih (cincang halus)
- garam/perasa mengikut citarasa
- prego carbonara mushroom sauce
- minyak zaitun (tumis)



✿~ Cara buat inti:

1. Panaskan sedikit minyak zaitun. tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam kisar, lada hitam dan garam secukup rasa.
3. Kemudian, masukkan prego sauce.
4. Masukkan lada benggala yang telah dipotong dadu. Goreng sehingga masak. Hiaskan dengan parsley flakes.

ni inti tu lepas dah masak. sejukkan kejap je.. sedapp le oii.. ^_^


✿~ Cara untuk wrap:

orait, before korang nak wrappkan dia tu. roti tortilla tu kena masakkan kejap.. panaskan butter lam kuali, then masukkan roti tu.. ala-ala macam panaskan laa.. lepas tu,

susun salad, inti wrap. lepas tu letakkan mayonis sesuka hati anda.

nampak tak cane auntie lipat uh.. time ni auntie tunjuk dulu camne nk lipat-lipat

haaa.. yang nie lepas dah siap.. terus ngapp masuk mulut.
oraitts.. thats it. camne? senang je kan cara nak buat dia. haa bagi sape nak diet tu, buat je nie untuk lunch korang. makan satu je, insyaAllah kenyang sampai petang. selamat mencuba. nak2 korang yang tengah berholiday tu. :)