Saturday 21 June 2014

Dah sedia ke?

Hey! Actually takde mende pun. Well aku dah start praktikal dah. Hari ni genap seminggu jadi intern kat Bukit Keluang Beach Resort tu. Kenapa kat situ? Apa kaitan dengan course aku? Curious nak taw? Lain post kita cite eh...

Mak aku takde kat rumah sebenarnya nie. Pergi sarawak jalan-jalan dengan cikgu-cikgu lain kat sekolah tu. Pergi khamis aritu, balik ahad katanya.. tinggallah abah, aku, angah, chik ngan yaya kat rumah ni. so, basically semua basic things yang biasa mak aku buat, akulah yang kena buat. Tapi sebab aku dah start intern. Kuar pukul 8 balik pukul 6. Malam lah buat ye.. tadi baru lepas siap iron kan baju sekolah adik adik aku, baju abah, baju aku.. tetiba je macam terfikir.. selama ni aku gosok baju aku je ( nak gosok baju sape lagi kat utm tu.. adoi ).

Ce bayang.. dah kahwin nanti, balik keje dengan penatnya.. nak buat semua benda, nak gosok baju sendiri. Baju mr.husband, makan minum dia, kerja rumah lagi.. memang laa semua tu isteri yang kena buat.. dah tanggungjawab kan.. tu belum cite bila dah ada anak.. haaa.. tapi cite dia.. DAH SEDIA KE?

Aku? Kalau ikut hati sekarang pun boleh nak kahwin. Hahahahahaaaa nampak tak `keglenyalan` kat situ.. tapi itulah.. ilmu agama pun belum cukup lagi nak bina masjid.. ilmu lain apatah lagi..hancusss. ikut hati abislaaa.. yang cite biasa aku dengar umur belum 20 pun lagi, nak kahwin dah. Memang tak leh nak cakap apa lah. Dah takdir, jodoh awal. Tapi yelah. Dah kahwin tu pandai pandai lah ye belajar benda sepatutnya. Takkan dah kahwin tapi hidup macam orang bujang lagi kot.. tak special lah macam gitu..

Benda ni depends pada individu tu laa.. rasa dah sedia dengan semua benda tu. Haa kahwin jela. Jangan lupa pasal family belah mr.husband pulak.. asyik nak jaga laki kau aje senah.. haa mak bapak, adik beradik dia pun nak kena pikir jugak.. lelaki pun sama jugak.. kena paham selok belok family bini.. macam tu.. Kalau aku aku pikir camni.. kawin dengan dia maksudnya kau kahwin dengan family dia jugak. Anggap family dia macam family kau. Gituwww.. haa dahla. Kang melalut sampai ke mana japgi. Padahal nak cakap pasal iron baju je tadi. Hahahaha

Tak rasa post nie macam matured ke?? Hmm...

*korang layan ajelah aku nie. Dah weng kena keje 2 minggu straight tanpa cuti. I'm sorry! :)
*nanti nak kahwin aku jemput korang eh. Jangan risau.