Wednesday 7 October 2015

#19: Coleslaw and Whipped Potato

Annyeonghasaeyo. 
Hai semua orang. Harap sihat belaka lah hendaknya. So, haritu aku dah share resepi chicken chop with blackpaperpepper sauce kan. kali ni pulak aku bagi resepi untuk dua sidekick dia which are coleslaw dengan whipped potato (kentang putar). So, nah resepi dia. Banyak pulak so aku. maaf semua orang


COLESLAW

Bahan-bahan:

- satu batang carrot ( potong dadu kecik kecik )
- 1/4 kubis ( cincang ) 
- 4 sudu besar mayonis
- 3/4 cawan susu segar ( dutch lady fresh milk )
- bahan perasa ( garam & gula )

✿~ Cara buat coleslaw:

1. Rendam carrot dengan kubis jap.
2. Toskan keduanya. Lepastu, gaul semua bahan.
3. last sekali,perasakan mengikut selera masing-masing. Masuk peti ais. makin sejuk makin sedapp woooo.

Maaf takboleh nak bagi sukatan tepat untuk bahan perasa sebab biasanya aku main letak ikut instinct je. Rasa cam dah okay cukup ah.


WHIPPED POTATO

Bahan-bahan untuk kentang:

- 8 biji kentang saiz sederhana. (kupas kulit dan potong dadu)
- 1/2 cawan fresh milk
- 2 sudu besar serbuk blackpepper
  ( boleh jugak guna blackpepper ditumbuk tumbuk )
- garam secukup rasa

✿~ Cara untuk masak kentang:

1. Rebus kentang dgn sedikit garam.
2. Kalau dah empuk, toskan air. Penyek penyek dia kasi hancur.
3. Lepastu, guna hand mixer untuk putar sehingga kentang jadi hancur ataupun penyek sepenuhnya. dah jadi kentang penyek pulak. Apape jelah
4. Masa tengah putar tu, masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
5. Biarkan dia sejuk dulu baru hidangkan.


Apa? Macam mana nak tahu kentang dah masak ke belom?? Aku cucuk pakai lidi sate tu. Kalau dah tembus kentang tu, kira dah lembut lah.
Okay sementara tunggu kentang sejuk, kita proceed buat sos pulak.


Bahan-bahan untuk sos whipped potato:

- 500 ml air
- 1 ketul(kiub) stok ayam. aku suka pakai brand knorr 
( Kalau rajin boleh guna air rebusan ayam )
- 1 biji bawang besar - cincang
- 2 sudu besar mentega
- 1 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap manis
- garam

✿~ Cara untuk masak sos:

1. Masak air dengan stok ayam dan bawang besar. Masak kejap sampai air tu mendidih. 
2. Tapis ke dalam mangkuk. Ambil air tapisan sahaja.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil slow-slow. jangan bagi dia melekat dekat tepi periuk.
4. Tuang air tapisan stok ayam tadi sambil kacau. Taknak bagi dia berketul tau.
5. Masukkan sos tomato dan sos tiram, kicap pekat (kicap utk bagi warna). 
6. Last sekali, masukkan serbuk lada hitam dan garam. Garam masukkan last sekali sebab takut air tapisan tu dah masin kan. Kalau last-last tu rasa macam tak cukup 2%, masukkan gula 1/2 sudu. 

okayyyy.. done!

Dah boleh buat sendiri chicken chop tu. biasa makan satu set hidangan sampai RM10- RM15 kan??
Ni dah boleh jimat. Modal tersangatlah murah. 

SELAMAT MENCUBA. :)