Friday 20 March 2015

USS day trip

hey semua.. sihat? dah makan? sorry soalan cliche sangat.. hahah

dah dekat pukul 2 pagi sebenarnya ni tapi mata segar lagi. so, aku cerita jelah sikit trip pergi USS haritu. Actually plan nak pergi sana dah lama dah. dari tahun tiga lagi.. ni dah final sem baru ada peluang. Alhamdulillah, sempat jugak pergi sana before grad. tapi ni first time punya trip. so, kitorang pergi dengan pakej je. RM200/person. apa kami dapat untuk pakej tu??


pakej RM200/person

1 tix USS
Bus return
5$ meal voucher
5$ retail voucher (beli min 35$ baru boleh guna voucher ni)

okaylah kan. orang cakap kalau pergi sendiri dapat lagi murah sebenarnya. tapi malas nak pikir sebab takde experience lagi pergi singapore. Alright. So, masa hari kejadian tu kitorang gerak dari UTM pukul 6.45 pagi pergi Tune Hotel JB. yang dekat area Danga Bay tuu sebab naik bas kat sana. Settle semua kat sana. Then, gerak dalam pukul 7.45 camtu.. 

kitorang sampai USS dalam pukul 9.45 pagi.. sempat posing posing sikit depan globe tu. then tepat pukul 10 shooooooot masuk dalam and ENJOY!! hahahah


3 dari 5. lagi 2 tengah busy selfie kat tepi tu.. hahahaaa




mestila iollss nak jugak. menyirap lak ada yg interframe gambar iollss tuu



ini acah- acah je lebih.. tapi taktahu nak start dengan hollywood dulu ke mana dulu


sorry. dah lama bercita-cia nak jadi singer. tapi suara hancussss. takat nak nyanyi lullaby untuk hubby nanti boleh laaa.. euwwwwww



Must try: Transformers the ride. yang ni kat sci-fi city.. syokkkkkkk



selfie alaf baru. angle atas pon bolehhhhh



yang ni dekat ancient egypt. before naik the mummy ride tu..






yang ni cukup ahli. trip for five of us. zati walaupun baru kenal haritu. tetap sporting.. nanti kita gi jalan-jalan lagi ye!! i like to move it move it! hey! hey!



farahani kat tepi tu dah gigil. 



k.bye!


ni kitorang lunch kat luar USS tu. ada Malaysian Food Street. Harga makanan kat situ murah la berbanding kat dalam. Aku makan nasi lemak 6$. pastu teh ais 2$. total lunch 8$.. duit lebih buat beli ole-ole. dapat 2 fridge magnet je pun. hahahaa


ni gerai nasi beriyani



gerai nasi lemak iolss



roti canai pun ada?. eh mestila.. kata malaysian food kann




next sambung lagi dekat lost world. #caribarangtersembunyi












lepas masuk roller coaster revenge of the mummy. penat woih. tapi takpe.. untuk awak saya senyum sikit k. huhu




si marilyn monroe. cute gilaa.. acah acah diva sangat dia ni. hahahaa


selfie penat. dah habis pusing. balik dahhh *nangis

ni baru sikit. takpe nanti kita cerita lagi.. dah penat dah.. nanti kita buat part 2 pulak. ;)

2.22 a.m.