Thursday 20 February 2014

MIND THERAPY? AKU?

Assalamualaikum.. 

Hari nie kita serius siket kayh.. tak mo main main dah.. masuk topik penting ni.. pasal hidup korang jugak.. so? fokus!!!
haaa cuak. cuak. kekeke 



takdela.. ak nak bercerita siket pasal mind therapy bila kita stress/tertekan.. at least untuk aku laa.. ak ni jenis senang jugak nak stress.. senang jugak nak cool balik.. same la macam ak punyer tahap kemarahan.. cepat je panas.. tapi tak sampai 10 minit dahh sejuk balik.. gitu le ceritenye..

bagi aku .. macam mana korang nak releasekan korang punye stress tu bergantung pada korang juga sebenarnya.. apa yang korang suka buat? hobby korang? tapi taknak yang kena fikir ke ape.. just doing it and enjoy. Kalau aku, aku suka keluar.. i mean tak semestinya aku pergi keluar jauh-jauh nak bercuti ke ape.. no! macam aku, contohnya, aku keluar shopping barang dapur.. bila aku dok pusing-pusing cari barang tu. aku jadik seronok tengok macam-macam barang. seronok dok fikir nak pilih yang mana lagi elok. sampaikan aku jadik lupa problem2 sume tu.. fuhhh finally, i can breath.


tapi bukanlah banyak macam ni laa.. aku beli ape yang aku nak pakai laa.. biasanya aku akan beli barang time aku rasa nak masak.. time aku nak makan benda yang aku buat sendiri.. no cafe food! aku ni kadang mengada sikit tau.. bila dah stress tu.. start la takde selera nak makan nasik.. kalau perut okay takpelah jugak. ni jenis gastrik. lagi haruu.. so, nak tak nak aku kena laa ade backup plan.. haaaa

lagi satu. stress aku hilang bila aku masak. bila dah namanya kaki makan. konfem-konfem kena cuba masak. nak harapkan makan kedai je? kopak la jawabnye. hahaa trust me. but, let me cook by myself. aku tak suka orang kacau aku bila aku tengah stress. kang lain jadik pulak. haaa maybe korang ade cara sendiri kan? jom kongsi dengan aku? 


Last sekali, ingat kita sentiasa ada Dia untuk mendengar masalah kita. curahkan pada Dia. InsyaAllah, everything will be okay. ;)



Tuesday 18 February 2014

#12: Sotong Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.

ape kabar semua? sihat ke idak? haaaa lama dah tak post kan.. takde laa kat umah ritu rase macam banyak je nak cite tapi biasa laa kadang sempat. kadang tak. kennn.. haaahaaa dah dah.. okay kali ni nak share satu resipi teramatlah simple.. dalam banyak-banyak lauk yang aku try masak ritu.. lauk nie lah aku paling suka tau. simple. senang. sedap. haaaaa 3S! kau hado? ekekeke 



SOTONG MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan

4 ekor sotong saiz sederhana 
2 ulas bawang merah ( dicincang)
1/4 biji bawang besar ( dimayang kasar)
2 sudu besar sos tiram
2 inci halia
1 biji ulas putih
beberapa biji cili padi
sedikit kunyit serbuk
lobak merah (pandai2 la nak potong cemane)







✿~ Cara-caranya

1. Sotong di potong bentuk ring, cincang halia dan bawang merah, bawang putih dipotong dadu dan potong cili padi.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan seketika. kemudian masukkan sedikit kunyit serbuk. kalau nak berkuah sikit tambah air dan sos tiram. adjustkan rasa dia mengikut taste korang.

3. Selepas itu masukkan sotong dan sesuaikan rasa ( masukkan lah garam ) akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang dan lobak merah. Kacau sebati, apabila bawang agak layu dan sayur dah masak, angkat dan hidangkan, sedap dimakan bersama nasi panas dengan telur dadar sekali. Selamat mencuba. :)


hasilnya?

taraaaaa..


jangan nak malas sangat taw.. cuba jangan tak cuba! :D