Tuesday, 18 February 2014

#12: Sotong Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.

ape kabar semua? sihat ke idak? haaaa lama dah tak post kan.. takde laa kat umah ritu rase macam banyak je nak cite tapi biasa laa kadang sempat. kadang tak. kennn.. haaahaaa dah dah.. okay kali ni nak share satu resipi teramatlah simple.. dalam banyak-banyak lauk yang aku try masak ritu.. lauk nie lah aku paling suka tau. simple. senang. sedap. haaaaa 3S! kau hado? ekekeke 



SOTONG MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan

4 ekor sotong saiz sederhana 
2 ulas bawang merah ( dicincang)
1/4 biji bawang besar ( dimayang kasar)
2 sudu besar sos tiram
2 inci halia
1 biji ulas putih
beberapa biji cili padi
sedikit kunyit serbuk
lobak merah (pandai2 la nak potong cemane)







✿~ Cara-caranya

1. Sotong di potong bentuk ring, cincang halia dan bawang merah, bawang putih dipotong dadu dan potong cili padi.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan seketika. kemudian masukkan sedikit kunyit serbuk. kalau nak berkuah sikit tambah air dan sos tiram. adjustkan rasa dia mengikut taste korang.

3. Selepas itu masukkan sotong dan sesuaikan rasa ( masukkan lah garam ) akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang dan lobak merah. Kacau sebati, apabila bawang agak layu dan sayur dah masak, angkat dan hidangkan, sedap dimakan bersama nasi panas dengan telur dadar sekali. Selamat mencuba. :)


hasilnya?

taraaaaa..


jangan nak malas sangat taw.. cuba jangan tak cuba! :D

No comments:

Post a Comment