Hai semua orang. Harap sihat belaka lah hendaknya. So, haritu aku dah share resepi chicken chop with black
COLESLAW
- satu batang carrot ( potong dadu kecik kecik )
- 3/4 cawan susu segar ( dutch lady fresh milk )
1. Rendam carrot dengan kubis jap.
2. Toskan keduanya. Lepastu, gaul semua bahan.
3. last sekali,perasakan mengikut selera masing-masing. Masuk peti ais. makin sejuk makin sedapp woooo.
Maaf takboleh nak bagi sukatan tepat untuk bahan perasa sebab biasanya aku main letak ikut instinct je. Rasa cam dah okay cukup ah.
Bahan-bahan untuk kentang:
- 8 biji kentang saiz sederhana. (kupas kulit dan potong dadu)
( boleh jugak guna blackpepper ditumbuk tumbuk )
- garam secukup rasa
✿~ Cara untuk masak kentang:
1. Rebus kentang dgn sedikit garam.
2. Kalau dah empuk, toskan air. Penyek penyek dia kasi hancur.
3. Lepastu, guna hand mixer untuk putar sehingga kentang jadi hancur ataupun penyek sepenuhnya. dah jadi kentang penyek pulak. Apape jelah
4. Masa tengah putar tu, masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
Apa? Macam mana nak tahu kentang dah masak ke belom?? Aku cucuk pakai lidi sate tu. Kalau dah tembus kentang tu, kira dah lembut lah.
Okay sementara tunggu kentang sejuk, kita proceed buat sos pulak.
Bahan-bahan untuk sos whipped potato:
- 500 ml air
- 1 ketul(kiub) stok ayam. aku suka pakai brand knorr ( Kalau rajin boleh guna air rebusan ayam )
- 2 sudu besar mentega
- 1 1/2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap manis
- garam
✿~ Cara untuk masak sos:
1. Masak air dengan stok ayam dan bawang besar. Masak kejap sampai air tu mendidih.
2. Tapis ke dalam mangkuk. Ambil air tapisan sahaja.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil slow-slow. jangan bagi dia melekat dekat tepi periuk.
4. Tuang air tapisan stok ayam tadi sambil kacau. Taknak bagi dia berketul tau.
5. Masukkan sos tomato dan sos tiram, kicap pekat (kicap utk bagi warna).


































