Sunday, 9 March 2014

#13 : Vietnamese spring roll

Haritu, aku pergi jusco. hajatnya nak beli barang-barang makananlah.. biasalaaa.. stok seminggu.. dok pusing-pusing jumpa pulak dengan benda ni.. 


okay. ni nama dia rice wrap tau.. so, since dah nampak benda tu. and aku pun dah lama nak cuba ditambah pulak dengan price yang tersangatlah affordable, why not aku cuba buat kan? lagi pulak aku ni tak makan sayur. jadi, resepi nya jadi sangat-sangat lah simple. bahan2 dia semua tak sampai RM 15 pun. balik bilik apa lagi, dok buat benda ni dengan aina ngan lin. nasib baik jadi. hehehe

Vietnamese Spring Roll 

Bahan-Bahan:

lobak merah
timun

potong cam gini tau.
sosej
crab fillet
(untuk sosej ngan crab fillet pun potong macam carrot/timun. senang nak letak skali nanti)


Sos:

(ni resepi untuk sos dia. tapi aku tak buat pun. makan dengan sos cili thai pun sodappp)

2 cili merah (potong cincang) 
3-4 ulas bawang putih (potong cincang) 
Satu ibu jari halia (potong cincang) 
secukup rasa sos ikan
secukup rasa gula
Sedikit kacang tanah ditumbuk (tak letak pun takpe)


Cara-cara membuat:

1. Celurkan sekejap lobak, sosej dan crab fillet. Ketepikan, tunggu sehingga sejuk

2. Potong memanjang bahan-bahan yang kita dah celur tadi.

3. Keluarkan rice paper dan rendamkan dalam air suam. rendam sekejap je dalam 1-2 saat gitu. sebab nanti dia akan lembik time kita susun bahan-bahan nanti.

4. susun timun, sosej dan crab fillet di atas rice wrap mengikut citarasa. 

5. Gulungkan ia. (cara-caranya boleh tengok dekat bungkusan wrap tu. tak pun gulung saja macam gulung popia)

7. Curahkan sedikit sos kat atas pinggan dan MAKAN! heeeee

haa.. celup cenggini. kejap je tau!
jangan rendam lama-lama tau sebab nanti susah nak handle.

tu susunan dia. tapi suka hati korang la yea nak susun macam mana

so?
sepatutnya jadi macam gini.


tapi. hakak punye jadik cenggini


biasalaa.. budak baru nak belajar menggulung.. ni laa macam orang putih dok kata tu 
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.
korang tengok cam biasa je. tapi sedap tau. hahaha (jenis masuk bakul angkat sdiri).

kalau sape yang tak suka sushi sebab seaweed tu. try laa buat ni. rasa lebih kurang cam sushi tapi lagi fresh rasa dia. cuba jangan tak cuba k. Adios!





credit to:

http://southeastasianfood.about.com/od/starterss4/ss/WrapSprRollFry_2.htm
http://saljuputihazura.blogspot.com/2010/04/popiah-vietnamese.html

Thursday, 20 February 2014

MIND THERAPY? AKU?

Assalamualaikum.. 

Hari nie kita serius siket kayh.. tak mo main main dah.. masuk topik penting ni.. pasal hidup korang jugak.. so? fokus!!!
haaa cuak. cuak. kekeke 



takdela.. ak nak bercerita siket pasal mind therapy bila kita stress/tertekan.. at least untuk aku laa.. ak ni jenis senang jugak nak stress.. senang jugak nak cool balik.. same la macam ak punyer tahap kemarahan.. cepat je panas.. tapi tak sampai 10 minit dahh sejuk balik.. gitu le ceritenye..

bagi aku .. macam mana korang nak releasekan korang punye stress tu bergantung pada korang juga sebenarnya.. apa yang korang suka buat? hobby korang? tapi taknak yang kena fikir ke ape.. just doing it and enjoy. Kalau aku, aku suka keluar.. i mean tak semestinya aku pergi keluar jauh-jauh nak bercuti ke ape.. no! macam aku, contohnya, aku keluar shopping barang dapur.. bila aku dok pusing-pusing cari barang tu. aku jadik seronok tengok macam-macam barang. seronok dok fikir nak pilih yang mana lagi elok. sampaikan aku jadik lupa problem2 sume tu.. fuhhh finally, i can breath.


tapi bukanlah banyak macam ni laa.. aku beli ape yang aku nak pakai laa.. biasanya aku akan beli barang time aku rasa nak masak.. time aku nak makan benda yang aku buat sendiri.. no cafe food! aku ni kadang mengada sikit tau.. bila dah stress tu.. start la takde selera nak makan nasik.. kalau perut okay takpelah jugak. ni jenis gastrik. lagi haruu.. so, nak tak nak aku kena laa ade backup plan.. haaaa

lagi satu. stress aku hilang bila aku masak. bila dah namanya kaki makan. konfem-konfem kena cuba masak. nak harapkan makan kedai je? kopak la jawabnye. hahaa trust me. but, let me cook by myself. aku tak suka orang kacau aku bila aku tengah stress. kang lain jadik pulak. haaa maybe korang ade cara sendiri kan? jom kongsi dengan aku? 


Last sekali, ingat kita sentiasa ada Dia untuk mendengar masalah kita. curahkan pada Dia. InsyaAllah, everything will be okay. ;)



Tuesday, 18 February 2014

#12: Sotong Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.

ape kabar semua? sihat ke idak? haaaa lama dah tak post kan.. takde laa kat umah ritu rase macam banyak je nak cite tapi biasa laa kadang sempat. kadang tak. kennn.. haaahaaa dah dah.. okay kali ni nak share satu resipi teramatlah simple.. dalam banyak-banyak lauk yang aku try masak ritu.. lauk nie lah aku paling suka tau. simple. senang. sedap. haaaaa 3S! kau hado? ekekeke 



SOTONG MASAK SOS TIRAM

Bahan-bahan

4 ekor sotong saiz sederhana 
2 ulas bawang merah ( dicincang)
1/4 biji bawang besar ( dimayang kasar)
2 sudu besar sos tiram
2 inci halia
1 biji ulas putih
beberapa biji cili padi
sedikit kunyit serbuk
lobak merah (pandai2 la nak potong cemane)







✿~ Cara-caranya

1. Sotong di potong bentuk ring, cincang halia dan bawang merah, bawang putih dipotong dadu dan potong cili padi.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi, kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan seketika. kemudian masukkan sedikit kunyit serbuk. kalau nak berkuah sikit tambah air dan sos tiram. adjustkan rasa dia mengikut taste korang.

3. Selepas itu masukkan sotong dan sesuaikan rasa ( masukkan lah garam ) akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang dan lobak merah. Kacau sebati, apabila bawang agak layu dan sayur dah masak, angkat dan hidangkan, sedap dimakan bersama nasi panas dengan telur dadar sekali. Selamat mencuba. :)


hasilnya?

taraaaaa..


jangan nak malas sangat taw.. cuba jangan tak cuba! :D

Wednesday, 6 November 2013

#11: cheese cake biskut (cheesekut)

olrite uolss.. hari ni nak share lagi satu resepi yang aku sempat la nak buat, sebenarnya nak abeskan cream cheese kat dalam peti tu. kang membazir je nanti. so, kek ni aku panggil



CHEESEKUT

BAHAN-BAHAN:

NESTUM

BISKUT CREAM CRACKERS (HUPSENG deluxe)

BISKUT OREO (original)

SUSU PEKAT MANIS

CREAM CHEESE

WHIPPING CREAM

NESCAFE 3 IN 1 (tabur last skali)

SUSU SEGAR (HL pon sodapp!)
(untuk celupkan biskut)





CARA-CARANYA:

1. Pukul cream cheese sehingga sebati. aku gunakan stand mixer. kemudian masukkan sesuku tin susu pekat manis. secawan whipping cream. bagi rase lemak-lemak gitu. tapi yang ni kalau tak nak letak pon takpe. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan.

2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup setakat nak bagi susu tu meresap sikit je kat biskut. Kemudian, susun di dalam loyang. untuk lapisan paling bawah, aku gunakan biskut oreo.




3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan cream cheese tadi. nak bubuh banyak mana pepandai koranglah yea.



4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi untuk lapisan kedua ngan seterusnya, aku pakai biskut hup seng je.. senang sangat ni. celup dan susun katenye.



5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. mengikut bekas yang korang pakai dan berapa tebal yang korang nak okay. untuk lapisan yang last sekali, bubuhkan cream cheese tu banyak sikit. kirenye kasik tebal la ni.



6. Akhir sekali, taburkan serbuk nescafe/kopi di lapisan creamcheese terakhir. aku letak serbuk gano cafe (nescafe 3 in 1 boleh jugak ) sebab nak kurangkan sikit rasa susu tu, takde la muak sangat. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman. (aku tak sabar nak tunggu semalaman, dalam 3jam gituu je dah keluarkan dan di potong. tak menyabar punya pasal. kekeke)




yang ni aku potong kejap je lepas ak buh lam peti ais.. tak sabar punyer pasal.. so, good luck! boleh lah nak try lepas ni kan. ;)

Tuesday, 5 November 2013

#10: Carbonara Chicken Wrap

holla! holla uolss..lama tak share resepi ye! biasala sem pon da bukak.. tak sempat lohh nk masak masak. nak share resepi lagi laa aku malas.. haaa tapi untuk cuti raya haji ni, aku tak balik umah.. tiket abess derr.. haiyoo maka dengan itu aku pun pergi la merempat kat umah member aku ni haa.. dak salwa ni umah nye kat seremban. kalau taon lepas nyer raye haji, aku gi umah lin kat segamat. taon ni ubah angin laa.. jejak jugak aku kat negeri sembilan ni haa..

hari ni ak nak share satu resepi dapat dari mak wawa nie.. buat untuk breakfast laa sedap..  thanks auntie sudi bagi resepi kat kitorang ni..
nama resepi tu aku bagi carbonara chicken wrap! simple and memang sedap baq hang! aku tak yah cakap la.. dua aku sumbat dalam perut ni. kenyang tahap ya ampun.. dah-dah uols pon mesti da malas nk dengar aku meraban kan? haaaa


CARBONARA CHICKEN WRAP

Bahan-bahan:

Bahan-bahan wrap :

- sedikit butter
- beberapa keping wrap (roti tortilla)
- mayonis
- salad

Bahan-bahan inti :

- 250gram ayam/daging kisar
- 1/2 lada benggala/ capsicum ~potong dadu tau (kaler die pepandai korang la nak kaler ape)
- lada hitam
- parsley flakes
- 2/3 ulas bawang putih (cincang halus)
- garam/perasa mengikut citarasa
- prego carbonara mushroom sauce
- minyak zaitun (tumis)



✿~ Cara buat inti:

1. Panaskan sedikit minyak zaitun. tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam kisar, lada hitam dan garam secukup rasa.
3. Kemudian, masukkan prego sauce.
4. Masukkan lada benggala yang telah dipotong dadu. Goreng sehingga masak. Hiaskan dengan parsley flakes.

ni inti tu lepas dah masak. sejukkan kejap je.. sedapp le oii.. ^_^


✿~ Cara untuk wrap:

orait, before korang nak wrappkan dia tu. roti tortilla tu kena masakkan kejap.. panaskan butter lam kuali, then masukkan roti tu.. ala-ala macam panaskan laa.. lepas tu,

susun salad, inti wrap. lepas tu letakkan mayonis sesuka hati anda.

nampak tak cane auntie lipat uh.. time ni auntie tunjuk dulu camne nk lipat-lipat

haaa.. yang nie lepas dah siap.. terus ngapp masuk mulut.
oraitts.. thats it. camne? senang je kan cara nak buat dia. haa bagi sape nak diet tu, buat je nie untuk lunch korang. makan satu je, insyaAllah kenyang sampai petang. selamat mencuba. nak2 korang yang tengah berholiday tu. :)

Saturday, 24 August 2013

#9: Moist Chocolate cake


Olla voila semua.. okeyh.. oleh kerana malam ni sedara aku yang baru kahwin haritu nak datang umah jalan-jalan.. akupon rase nak buat kek coklat.. hari raya haritu aku dah buat sebijik.. maka, hari ni pon nak buat lagi sebijik.. so, hari ni punye resepi, aku nak kongsi cara nak buat kek coklat moist y mana dibuat menggunakan teknik kukus okeh.. hahaa ni resepinya.. baca molek-molek sebelum buat yea:)



KEK COKLAT MOIST

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kek coklat : 

-250gm butter
-3/4 cawan gula
-4 biji telur
-2 cawan tepung gandum
-3/4 cawan serbuk koko
-1 cawan air atau susu cair

Bahan-bahan coklat cair atau topping : 

-3 sudu marjerin
-2-3 sudu susu pekat manis
-2-3 sudu serbuk koko

✿~ Cara buat kek coklat:

1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan koko tadi sambil terus memukul.
5. Kukus selama 45 minit.

✿~ Cara buat coklat cair untuk topping:

1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
3. kacau sehingga pekat/likat.. 
4. boleh di topping kan kt atas kek. hiaskan dengan coklat rice atau badam..


before letak topping..

aww.. tak sabo den nak makan.

lepas ak topping kan!

yummy! :)

*senang dan mudah! Selamat Mencuba darling-darling sekalian yea :)

Thursday, 22 August 2013

#8: Blueberry Crepe

Assalamualaikum sohabat-sohabat sekalian.. pe kabo? lame dah tak dengar cite ye dak??
haa malam ni ak nak share satu resipi y ak baru jek try tadi.. alang2 dah buat.. kongsi la ngan korang-korang sume.. 

BLUEBERRY CREPE

Bahan-Bahan

Crepe**
·
 250grm tepung gandum 

· 2 biji telur 

· 500ml santan/ 250ml susu segar 

· 1/2 sudu teh garam

susu pekat manis (mengikut citarasa)

· Pewarna (ikut suka nak warna apa. biasa org buat warna hijau & kuning telur) 

1 cawan air

· 
 Filling** 

· 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental ( aku guna vivo nyer jenama) 

blueberry filling. 


Cara-cara 

1. Campur semua bahan Crepe** kemudian blender dan tapis. 

2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. (kuali biasa pon boleh, tp kena pandai jaga api la yea)

3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.jangan sampai crepe koyak yea! 

4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah, lapis dengan blueberry filling, tutup semula dengan whipping cream.

5. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.

6. Sedia untuk di NGAPP! ;)

- credit to Myresepi for the simple crepe recipe. 

*untuk filling boleh jugak guna mango, durian, strawberry. bak kata orang, ikot citarasa masing-masing. yang penting happy. 

Selamat mencuba! Annyeong :)




;)