Tuesday, 13 January 2015

#16: Udang Goreng Kunyit

Hey! meet me again today. eheeee

untuk projek mak jemah cuti sem ni, dah takde kerja, dok umah masak jelah jawabnya. untuk geng yang baru nak belajar macam aku ni, boleh laa usha usham blog ni sebab resepi yang aku update ni adalah resepi paling senang. 
k. harini kita masak udang goreng kunyit pulak. tengok ada udang tu. masak jelah.





UDANG GORENG KUNYIT


Bahan-bahannya:


15-20 ekor udang saiz besar - dipotong kepala dan ekornya
Serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang merah-dimayang
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah/hijau - dihiris
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-cara:

1. Perap udang dengan serbuk kunyit dan garam selama 1/2 jam.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga naik bau. 

3.  Kemudian masukkan udang yang diperap tadi. Gaul, masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula. 

3. Gaul dan balikkan sehingga udang masak.

Done! senangkan??

Lauk lain yang aku masak sekali dengan lauk udang ni, paprik ayam. resepi paprik next post pulak ye. 
next, masak nasi. goreng telur dadar dan makan. 
itadakimasu!

Sunday, 11 January 2015

#15: Popia Campur

hai hai hai! long time no see uolss.. pekabo semua??

k, harini aku nak share resepi popia 3S ngan korang. Simple. Senang. Sedap. haaaaaa amacam semua, nak ke idok mak jemah nak kongsi ni.. resepi ni paling simple dalam semua resepi. adik aku pon boleh buat. no worries ye.. ehehe 

hari jumaat haritu selamat aku sampai kat besut. get home safely. tido pon dah qada elok je.. Semalam pulak tengok ada kulit popia dalam peti, tanya umi boleh tak nak buat popia campur macam miyo buat haritu. oh lupa. sape Miyo?? he is my cousin. dia buat popia campur tu masa kitorang pergi rumah dia kat kuantan dulu. Hmmm

Popia campur ni, inti dia campur bebola udang, bebola ketam, sosej dll.. ikut suka hati korang k. tapi yang penting takde sayur kat dalam tu. that's one of the reason why I like it. ahahahaa k. tahu.. nak kata tak sihat la tuu.. jangan risau kalau nak bagi berkhasiat sikit, buh la kobis atau carrot sikit.

POPIA CAMPUR

BAHAN-BAHAN 


kulit popia( kat supermarket banyak ye)
1 paket sosej
1/2 paket bebola ketam
1/2 paket bebola udang
semangkuk kecil air

boleh jugak kalau korang nak tambah sayur

1 batang lobak(dicincang)
1/4 biji kubis(dicincang)


CARA-CARA

  • rebus atau bakar bebola-bebola dan sosej tadi                                               (kenapa tak goreng?? sebab nanti kita nak goreng popia tu lagi kan, so, takdelah berminyak sangat sebab yang inti kita dah bakar/rebus)
  • dah masak, potong dadu bebola dengan sosej tu. dan campurkan mereka-mereka.
  • untuk proses menggulung, letakkan inti campuran bebola dan sosej atas kulit popia
  • gulung popia tu ye. cara gulung cemane? refer belakang plastik tuu.. ada caranya.. sorry heee lupa nak ambik gambar cane nak gulung. berdikari sikit. hahaaa oh. air tu kita guna untuk lekatkan kulit popia tu last sekali ye.
  • pastu kita goreng! deep frying ye kawan kawan.. makan dengan sos cili atau sos pencicah tu.. sedap sangat kakak oii
lupa lak. kalau nak letak sayur, make sure korang goreng dulu tau kobis/carrot tu. baru campur dengan campuran bebola ngan sosej. pastu sambung step macam biasa.

 so jadi lah macam gini hasilnya. ni yang belom goreng lagi tau..


yang atas ni sebelum goreng sebab buat malam tu, so simpan goreng besoknya lah ye.. boleh la cuba buat time cuti-cuti semua ye. jangan lupa.. next recipe akan dikongsi nanti. STAY TUNED.. acah-acah je. hahahaa

**mood: rindu


Wednesday, 12 November 2014

thinking of you. 
hmmm.. you.


Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.

Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih.


mood: cinta

kah.

Thursday, 25 September 2014

Latest Fav Song #1

first time dengar lagu ni. hmmm bila lagi. time cite rindu awak 200% tu la. sayu wak luuu.. adoi menyentuh jiwa ku yang kayu ini. kata kau! dah. jangan merepek. korang dengarlah sendiri.



Telah lama ku nantikan
Saat semua ku impikan
Kau jadi ratuku
Teman seluruh hidupku
Lengkapi duniaku


Bawalah aku di dalam doamu
Semoga sentiasa diberkati
Setiap waktu
Tuluskan hatiku di dalam melengkapimu
Semua yang kau perlu


Peluklah aku jika terkenang
Semua kau idamkan
Semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksudku untuk melukaimu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang padamu
Kau tercipta untuk temani diriku...

Bersyukur kita pada Yang Esa(terciptanya cinta)
Ku mendoakan kebahagiaan mu selalu
Peluk lah aku jika terkenang
Semua kau idamkan semua hanya milikmu
Kau tercipta untuk diriku
Bukan maksud ku untuk melukai mu
Bukan niatku dari dahulu
Semua hanya kerna ku sayang pada mu

Kau tercipta...

** mood: rindu

Saturday, 21 June 2014

Dah sedia ke?

Hey! Actually takde mende pun. Well aku dah start praktikal dah. Hari ni genap seminggu jadi intern kat Bukit Keluang Beach Resort tu. Kenapa kat situ? Apa kaitan dengan course aku? Curious nak taw? Lain post kita cite eh...

Mak aku takde kat rumah sebenarnya nie. Pergi sarawak jalan-jalan dengan cikgu-cikgu lain kat sekolah tu. Pergi khamis aritu, balik ahad katanya.. tinggallah abah, aku, angah, chik ngan yaya kat rumah ni. so, basically semua basic things yang biasa mak aku buat, akulah yang kena buat. Tapi sebab aku dah start intern. Kuar pukul 8 balik pukul 6. Malam lah buat ye.. tadi baru lepas siap iron kan baju sekolah adik adik aku, baju abah, baju aku.. tetiba je macam terfikir.. selama ni aku gosok baju aku je ( nak gosok baju sape lagi kat utm tu.. adoi ).

Ce bayang.. dah kahwin nanti, balik keje dengan penatnya.. nak buat semua benda, nak gosok baju sendiri. Baju mr.husband, makan minum dia, kerja rumah lagi.. memang laa semua tu isteri yang kena buat.. dah tanggungjawab kan.. tu belum cite bila dah ada anak.. haaa.. tapi cite dia.. DAH SEDIA KE?

Aku? Kalau ikut hati sekarang pun boleh nak kahwin. Hahahahahaaaa nampak tak `keglenyalan` kat situ.. tapi itulah.. ilmu agama pun belum cukup lagi nak bina masjid.. ilmu lain apatah lagi..hancusss. ikut hati abislaaa.. yang cite biasa aku dengar umur belum 20 pun lagi, nak kahwin dah. Memang tak leh nak cakap apa lah. Dah takdir, jodoh awal. Tapi yelah. Dah kahwin tu pandai pandai lah ye belajar benda sepatutnya. Takkan dah kahwin tapi hidup macam orang bujang lagi kot.. tak special lah macam gitu..

Benda ni depends pada individu tu laa.. rasa dah sedia dengan semua benda tu. Haa kahwin jela. Jangan lupa pasal family belah mr.husband pulak.. asyik nak jaga laki kau aje senah.. haa mak bapak, adik beradik dia pun nak kena pikir jugak.. lelaki pun sama jugak.. kena paham selok belok family bini.. macam tu.. Kalau aku aku pikir camni.. kawin dengan dia maksudnya kau kahwin dengan family dia jugak. Anggap family dia macam family kau. Gituwww.. haa dahla. Kang melalut sampai ke mana japgi. Padahal nak cakap pasal iron baju je tadi. Hahahaha

Tak rasa post nie macam matured ke?? Hmm...

*korang layan ajelah aku nie. Dah weng kena keje 2 minggu straight tanpa cuti. I'm sorry! :)
*nanti nak kahwin aku jemput korang eh. Jangan risau.

Wednesday, 21 May 2014

*1: Pulau Mabul

Bila makin dekat dengan exam ni rasa makin stress pulak. dengan assignment belum settle. nasib baik dah takde presentation. terfikir pulak, kalau dapat pergi bercuti kat mana-mana nie seronok jugak. dalam 2-3 hari ke, release tension dulu. enjoy sikit. balik baru study.. kan? kan? mesti ada korang pon sama gak rasa ngan aku kan..
tapi nak buat macam mana. kekangan masa. kekangan bajet. dan masalah parents aku tak kasi. mungkin laa. sebab aku belum mintak permission pon lagi.. hihihi. 

tapi ada satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi.. aku kalau nak bandingkan, aku lagi suka tempat yang nature gituu.. tenang macam pantai, pulau ke.. aku nak tengok sunset, nak relax-relax tepi pantai. aku kureng sikit laa kalau dalam area bandar.. kureng.. kureng.. tapi ni tempat yang aku nak pergi. sangat. kalau bukan sekarang pun takpe. sebab aku tahu bahaya travel sorang-sorang. sabah pulak tuu.. jauh.. ops! lupa. aku belum pernah lagi sebenarnya jejak sabah ngan sarawak. itu yang takut sikit nak kesana. kalau semenanjung. InsyaAllah.

its Pulau Mabul. tempat ni dekat sabah. Semporna kalau tak silap.


cantek kannnnn.. rasa nak berenang-renang. acah-acah kuak lentang gituu.. bhahahahaa


adehhh.. tergoda.


just look at the sunset. 


well. since I know I can't go there dalam masa terdekat ni. so, aku simpan jelah dalam wishlist aku dulu. hope dapat pergilah nanti. InsyaAllah. Bila dah ada TEMAN. :)

*no. 6 dalam wishlist.

Wednesday, 7 May 2014

today.
balik meeting. 10.30 malam
cuba connect internet dekat bilik. 3 4 kali cuba. alhamdulillah dapat.
benda first aku buat. submit assignment. settle.
next, meroyan scroll timeline fb. bla bla bla
sambil bergelak ketawa dengan farah.
aku tanya farah
am i doing the right thing?
just go with the flow
she said
then
aku bukak website situ
aku bukak website sini.
aku bukak blog tu
aku bukak blog ni.
then, i found one blog.
seems familiar.
scrolling and reading all the post in that blog.
realized one thing.
aku tak pernah ada dalam hidup dia.
tempoh tu tak ada nilai pun.
rasa tak layak.
rasa pelik.
sakit.
pedih.
dulu aku pernah rasa benda yang sama
and it happen for the second time.
bodoh
sebab biar benda yang sama berlaku balik.
dulu, bila jadi.
its really hurt. seriously
aku jatuh. i am alone. nobody understand me.
bangkit balik perlahan-lahan. alone
janji dengan diri. jangan jatuh lagi.
tapi 
apa jadi.
it happen again and again.
cukup.
serah pada DIA.
DIA tahu apa yang baik untuk aku.


random.mixed.feeling.sad