Monday, 8 July 2013

#4: Sup Ayam Simple

assalamualaikum semua! apa habaq? sihat ka semua rakyat-rakyat jelata? hehehee
haaaa sementara menunggu sup ayam chef mendidih, hari ni chef yang baru belajar nak masak ni nak kongsi satu resipi ngan rakyat jelata sume.. kalau sudi meh le same-same kite belajar yea.. :)
resipi hari ni, sup ayam. jangan risau sebab senang je. ni resipi yang paling simple di abad ini! oke :)


SUP AYAM 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (biasanya ambil bahagian tulang je)
1 paket sup bunjut ADABI
1 inci halia ( di ketuk-ketuk )
2 ulas bawang putih (di ketuk-ketuk)
1 biji bawang besar (mengikut selera masing-masing)
2 biji kentang (belah 4 @ 6)
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
sedikit minyak (untuk menumis)
air (mengikut kuantiti sup yang korang nak)
perasa (gula, garam, ajinomoto, cukup rasa dll)

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga layu.
  2. Kemudian, masukkan ayam. tunggu seketika sehingga air atau pati dari ayam keluar.
  3. Setelah itu, masukkan air dan sup bunjut adabi. biarkan sehingga mendidih.
  4. Tambah perasa seperti gula, garam ajinomoto dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
  5. masukkan kentang dan lobak merah (boleh je kalau tak nak letak). tunggu sehingga masak.
  6. akhir sekali, hidangkan sup korang dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. sedia untuk dimakan.

haaaaa... amacam? senang kan. boleh la cuba kat rumah. macam aku ni.. tengah cuti semester ni. belajar masak la jawabnya. ape? tak reti masak? jangan risau, aku pun sama. tak reti jugak. tapi tak salah kalau nak cuba belajar kan? Good Luck everybody ;)

lain kali aku kongsi resepi lain oke! selamat mencuba.





Thursday, 4 July 2013

Sahabat ;)

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka kau membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka kau membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

*aku doakan kau bahagia sahabat :)

Friday, 15 March 2013

d.i.n.n.e.r

haaa... entry kali ni tak lain tak bukan pasal dinner last week yang aku pergi. eh lupa nak bagi salam
Assalamualaikum... cik kiah? cik peah? sume sihat-sihat ke?
last week nyer dinner tema dia COLOUR BLOCKING 
amacam? syok kan tema dia.korang pon rasa tak sabar je nak melaram time dinner tu kan. aku? memang syok la shopping.. hahaa tapi tak semua geng-geng aku pergi, kami berlima je yang pergi.. malas dah nak cakap.. tengok gambar jela ea? hehee


table 17 rockssss!

mir & fiz 

peace yaw!

time aku nak makan la, si fiza ni sibok nak bergambo.. ;)


our cutie pie!


fiza, sarah, aina, farah.. korang da best lah!


the classmates :)


senyum sikit :)

kontrol siket!


posing kemain lagi.. bila lagi aku nak posing kan! jangan marah ah..

sarah vs aina 

nih sume sek-sek bajet nak jadik model!! hahaa

tadaaaaa!
dah abes dah.. bulan 4 ni ada lagi dinner tapi tema dia DAEBAKK siket.. tema BOLA!BOLA!BOLA GOL&GINCU! apa kata korang?? ^^

Saturday, 9 March 2013

W.I.S.H 1

assalamualaikum guys :)

okayh..  hari ni nak cakap pasal wish. my wish sementara masih hidup ni. hehehe InsyaAllah kalau ada peluang nak jugak try.. nak tahu? curious? hehehee sabar2.

WISH 1: BUNGEE JUMPING!


this is about that bungee jumping that i really want to do. kat mana? Macau? pernah dengar?
it is the highest bungee jump in the world. dah alang-alang nak buat. biar yang paling tinggi terus. ye dak?


Macau Tower Bungy at 233 meters / 764 feet! – The World’s Highest Bungy Jump certified by Guinness World Records.  Imagine catching a lift to the top of a giant Sky Tower and watching the monitor flick through floors almost faster than you can count – 60 seconds later you’ve arrived at the observatory deck 233 meters up.  Don’t worry there is a faster way to get down!
If you care to take in the view from this level it’s truly breath taking.  Once you have made it onto the jump deck area you’re briefed and then taken to the edge where it’s all up to you!  After leaning off and past that critical point of no return a euphoric sensation engulfs your body as you instantly realise you’re committed!!!  With this commitment comes speed as you rocket past the tower at close to 200 kilometers per hour!  The free fall is over 6 seconds and before you start to rebound back up you will be within 30 meters of the ground.  Smile for the camera and wave to your mates!
In order to make this Bungy Jump a reality our specialist development team spent months designing a tailor made “guide cable system” that allows the jumper to rebound straight up and down rather than side to side where there is a risk of making contact with the tower.  This step forward in Bungy Technology has set the platform for really BIG jumps in the future and is unmatched anywhere around the world!
Jumpers are then lowered down onto a specially designed airbag and the jump is completed – congratulations!, you are now part of a very exclusive club of people that have Bungy Jumped, and an even smaller one of those that have jumped from the World’s Highest Platform!

serrooonookkkkkkk wooooo!!!!!!!!!!

nak try buat terjun macam ni? ada berani?
lompat katak! yehaaaaa
cute sungguh.. kiyowo kiyowo ;)
nak gak! mane aci.. huhu
amacam? ada brani maw buat?? jom jom!
insyaAllah ada rezeki boleh berBUNGEE JUMPING.. kan?


Thursday, 14 February 2013

online shop.

hello everyone!

ecece.. konon nak cakap omputeh pulak.. hehe jangan marah ye.. assalamualaikum.. haaaaaa tak jawab dosa.. ehehe gurau je.
kali ni nak post pasal aku punyer kedai online.. jeng jeng jeng......

dengan ini secara rasminya aku dah bukak satu kedai online yang aku bagi nama

BEAUTYBEAST ONLINE SHOP


ada banyak bags yang lawa-lawa
  
 
baju yang cun melecun

macam-macam ada

ni antara stok peplum yang ada


taraaa.. ni la BEAUTYBEAST ONLINE SHOP.
haaaa... ape lagi jomla melawat sambil mencuci mata kat BEAUTYBEAST ONLINE SHOP.. kalau ada yang berkenan. grab terus.. sementara stok masih lagi ada.. jom jom jom!!!

klik di sini untuk ke 

Saturday, 2 February 2013

#3: h.o.m.e.m.a.d.e ice-cream

hey
kali ni aku nak share sikit pasal homemade ice-cream. biasalah, kat rumah aku tak pernah putus dengan ice-cream. so, aku saja lah nak try buat ice-cream sendiri.. tak payahlah nak beli aje kan.. sebab aku ni gila k.o.p.i maka aku buatlah ice-cream perisa mocha dan chocolate(request from lil' sis).

bahan-bahan untuk ice-cream:

1 tin susu cair
susu pekat manis- mengikut tahap kemanisan yang korang nak.
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette

ovalette: nama lain dia sponge cake stabiliser

untuk perasa:

boleh guna apa-apa perasa yang korang suka.

cara-cara:
  1. pukul susu cair, susu pekat manis, telur, esen vanilla dan ovallette menggunakan stand mixer.
  2. pukul lebih kurang 15-20 minit. sampai adunan tu jadik pekat dan likat. hah.. masa ni la korang nak uji tahap kesabaran korang tu.. nak tunggu sampai adunan tu pekat.
  3. lepas tu, masukkan perasa yang korang nak.. kacau sampai puas hati.. ehehe
  4. masukkan dalam peti.
  5. sedia untuk dihidang dan makan!
senang kan? aku buat ice-cream ni malam. bangun pagi-pagi esok dah boleh makan. ala-ala breakfast makan ice-cream gitu..

nilah hasilnya yang aku buat:


perisa Gano Chocolate


yang ni pulak Gano Mocha
 
tengok! tak sempat nak buat apa-apa.. adik-adik aku dah makan..
Status: berjaya ;)

Selamat Mencuba :)

Thursday, 31 January 2013

l.o.v.e

haaaaaa.. mesti korang ingat aku nak post pasal cinta cintan-cintun kan? hahahaha xdela. ni nak share siket pasal fon yang aku baru berkenan. fon ni dah lama keluar kat mesia ni, tapi aku jela baru nak jumpa. tengok sekali je... tetttttttt terus aku berkenan. alahhh.. macam love at the first sight... KONONNYA.. ehehe biasa la aku.. mesti pilih warna putih.


 
                                                   Xperia Neo L




Quick specs

  • 131.5 grams or 4.6 ounces
  •  121.0 x 61.1 x 12.2 mm or 4.8 x 2.4 x 0.5 inches
  •  Talk time (up to): 7 hours 53 min
  • Standby time (up to): 575 hour
  •  4 inch scratch-resistant touchscreen
  • 16 million colours, 854 x 480 pixels
  •  Google Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
  • 1 GHz processor
  • 5-megapixel camera with Auto focus

*kena start saving dari sekarang!