Thursday, 18 July 2013

#7: Fruit Cocktail



Fruit Coktail

Bahan-Bahan

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
4-5 tin air
2 biji kuning telur
2 sudu besar tepung kastard
gula secukup rasa
secubit garam
buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj
nata de coco - sejatkan airnya
sumi jelly atau agar-agar
buah-buahan segar



Cara-cara


  1. Campur susu cair, susu pekat air, tepung kastard, dan gula dalam periuk. Kacau sebati
  2. Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan. masukkan telur kemudian kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak (mendidih).
  3. Angkat periuk daripada dapur.
  4. Masukkan buah-buahan, jelly, nata de coco dan bahan-bahan lain
  5. Letakkan ketulan ais.
  6. Sedia untuk dinikmati
*sangatlah sedap kalau rajin nak buat untuk bukak puasa. Selamat Mencuba :)

Wednesday, 10 July 2013

#6: Puding Gula Hangus

Assalamualaikum semua.. Salam Ramadhan yea.. macam mana puasa?? hehehehe
oleh kerana hari nie first day puasa, so aku nak kongsi resepi puding gula hangus. ade jugak yang panggil puding karamel.. ni salah satu feveret aku time nak bukak puasa.. sedap weyh.. 
jangan risau, bahan-bahan dia senang je nak dapat. nak buat pun tak susah oke..

Puding Gula Hangus

Bahan-bahan:

10 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam
beberapa sudu gula

Cara-cara:

1. Mula-mula cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.

2. Pecahkan telur dalam blender, kemudian masukkan susu pekat dan susu cair apa-apa jenama pun tak pe (tapi biasa aku guna ideal, sedap. rase lemak-lemak gitu). Lepastu masukkan jela esen vanilla, garam dengan gula tu. biar secukup rasa.

3. Blendkan sume bahan-bahan tu bagi sebati. kalau nak kacau macam biasa pun boleh jugak. janji bagi dia sebati je.

4. Last sekali tuang atas gula dicairkan dalam loyang tadi. then, boleh kukus sampai masak. Kukus tu dalam lebih kurang 40 minit macam tula..

5. Bila dah sejuk terlangkupkan. boleh la dihidang untuk berbuka. nyumm nyumm

inilah hasilnya.. maap ler, gambar tinggal half je.. tak sempat nak terlangkupkan dah pun dihidang.. hehehe 


taksempat nak terlangkupkan dah kena ngapp!


Selamat Mencuba yea :)

* jimat bila buat sendiri. kalau beli kat bazar ramadhan, dapat makan ciket je. hehehe ;)

Tuesday, 9 July 2013

#5: Asam Pedas Ikan Merah

ohayo! hari ni kita nak belajar lagi satu resepi seperti yang dimintak oleh ketua chef. harini ketua chef nak ikan merah masak asam pedas. so, meh sini chef nak kongsi resepinye yea :)

Asam Pedas Ikan Merah

Bahan-bahan:

4 keping ikan merah.
1 batang serai.-diketuk-ketuk
1 ulas bawang besar.
3 ulas bawang putih.
3 inci halia.
10 tangkai cili kering. (kalau suka pedas, tambah banyak-banyak pun takpe)
air asam jawa (kasik pekat sikit)
Daun kesom secukupnya.
sayur bendi (sukahati nak letak banyak mana)
Sedikit belacan.
1 sudu kecik serbuk kunyit
air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

1. Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, belacan, lada kering (rebus dulu bagi lembut yea), kunyit.

2. Panskan minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Bila dah pecah minyak. masukkan air asam jawa dan air secukupnya.

3. Tunggu sekejap sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan ikan dan sayur bendi.

4. Perasakan dgn bahan perasa dan masukkan daun kesum.

5. Biarkan ia mendidih sehinggalah masak.

6. Sedia untuk di makan! hoyeah :)

maka dengan itu siaplah lauk untuk makan tengahari hari ini. kawan-kawan sekalian silalah cuba yea! 
fighting :)




Monday, 8 July 2013

#4: Sup Ayam Simple

assalamualaikum semua! apa habaq? sihat ka semua rakyat-rakyat jelata? hehehee
haaaa sementara menunggu sup ayam chef mendidih, hari ni chef yang baru belajar nak masak ni nak kongsi satu resipi ngan rakyat jelata sume.. kalau sudi meh le same-same kite belajar yea.. :)
resipi hari ni, sup ayam. jangan risau sebab senang je. ni resipi yang paling simple di abad ini! oke :)


SUP AYAM 

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (biasanya ambil bahagian tulang je)
1 paket sup bunjut ADABI
1 inci halia ( di ketuk-ketuk )
2 ulas bawang putih (di ketuk-ketuk)
1 biji bawang besar (mengikut selera masing-masing)
2 biji kentang (belah 4 @ 6)
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
sedikit minyak (untuk menumis)
air (mengikut kuantiti sup yang korang nak)
perasa (gula, garam, ajinomoto, cukup rasa dll)

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga layu.
  2. Kemudian, masukkan ayam. tunggu seketika sehingga air atau pati dari ayam keluar.
  3. Setelah itu, masukkan air dan sup bunjut adabi. biarkan sehingga mendidih.
  4. Tambah perasa seperti gula, garam ajinomoto dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
  5. masukkan kentang dan lobak merah (boleh je kalau tak nak letak). tunggu sehingga masak.
  6. akhir sekali, hidangkan sup korang dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. sedia untuk dimakan.

haaaaa... amacam? senang kan. boleh la cuba kat rumah. macam aku ni.. tengah cuti semester ni. belajar masak la jawabnya. ape? tak reti masak? jangan risau, aku pun sama. tak reti jugak. tapi tak salah kalau nak cuba belajar kan? Good Luck everybody ;)

lain kali aku kongsi resepi lain oke! selamat mencuba.





Thursday, 4 July 2013

Sahabat ;)

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka kau membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka kau membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

*aku doakan kau bahagia sahabat :)

Friday, 15 March 2013

d.i.n.n.e.r

haaa... entry kali ni tak lain tak bukan pasal dinner last week yang aku pergi. eh lupa nak bagi salam
Assalamualaikum... cik kiah? cik peah? sume sihat-sihat ke?
last week nyer dinner tema dia COLOUR BLOCKING 
amacam? syok kan tema dia.korang pon rasa tak sabar je nak melaram time dinner tu kan. aku? memang syok la shopping.. hahaa tapi tak semua geng-geng aku pergi, kami berlima je yang pergi.. malas dah nak cakap.. tengok gambar jela ea? hehee


table 17 rockssss!

mir & fiz 

peace yaw!

time aku nak makan la, si fiza ni sibok nak bergambo.. ;)


our cutie pie!


fiza, sarah, aina, farah.. korang da best lah!


the classmates :)


senyum sikit :)

kontrol siket!


posing kemain lagi.. bila lagi aku nak posing kan! jangan marah ah..

sarah vs aina 

nih sume sek-sek bajet nak jadik model!! hahaa

tadaaaaa!
dah abes dah.. bulan 4 ni ada lagi dinner tapi tema dia DAEBAKK siket.. tema BOLA!BOLA!BOLA GOL&GINCU! apa kata korang?? ^^

Saturday, 9 March 2013

W.I.S.H 1

assalamualaikum guys :)

okayh..  hari ni nak cakap pasal wish. my wish sementara masih hidup ni. hehehe InsyaAllah kalau ada peluang nak jugak try.. nak tahu? curious? hehehee sabar2.

WISH 1: BUNGEE JUMPING!


this is about that bungee jumping that i really want to do. kat mana? Macau? pernah dengar?
it is the highest bungee jump in the world. dah alang-alang nak buat. biar yang paling tinggi terus. ye dak?


Macau Tower Bungy at 233 meters / 764 feet! – The World’s Highest Bungy Jump certified by Guinness World Records.  Imagine catching a lift to the top of a giant Sky Tower and watching the monitor flick through floors almost faster than you can count – 60 seconds later you’ve arrived at the observatory deck 233 meters up.  Don’t worry there is a faster way to get down!
If you care to take in the view from this level it’s truly breath taking.  Once you have made it onto the jump deck area you’re briefed and then taken to the edge where it’s all up to you!  After leaning off and past that critical point of no return a euphoric sensation engulfs your body as you instantly realise you’re committed!!!  With this commitment comes speed as you rocket past the tower at close to 200 kilometers per hour!  The free fall is over 6 seconds and before you start to rebound back up you will be within 30 meters of the ground.  Smile for the camera and wave to your mates!
In order to make this Bungy Jump a reality our specialist development team spent months designing a tailor made “guide cable system” that allows the jumper to rebound straight up and down rather than side to side where there is a risk of making contact with the tower.  This step forward in Bungy Technology has set the platform for really BIG jumps in the future and is unmatched anywhere around the world!
Jumpers are then lowered down onto a specially designed airbag and the jump is completed – congratulations!, you are now part of a very exclusive club of people that have Bungy Jumped, and an even smaller one of those that have jumped from the World’s Highest Platform!

serrooonookkkkkkk wooooo!!!!!!!!!!

nak try buat terjun macam ni? ada berani?
lompat katak! yehaaaaa
cute sungguh.. kiyowo kiyowo ;)
nak gak! mane aci.. huhu
amacam? ada brani maw buat?? jom jom!
insyaAllah ada rezeki boleh berBUNGEE JUMPING.. kan?